Penafian

Perisian ini dihasilkan untuk memberikan bantuan memudahkan kerja-kerja rutin peniaga internet seperti yang telah dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai perisian yang sempurna. 

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan keberkesanan perisian ini, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat dan kemungkinan perisian ini sudah tidak relevan lagi ketika anda menggunakannya.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa perisian ini berkesan memberikan hasil yang memuaskan kepada semua pelanggan. Pemilik dan penerbit secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan perisian ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar dengan bersungguh dan serius mengenai perkara yang diajarkan, serta menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan belian Perisian ini, anda tertakluk oleh syarat-syarat yang dinyatakan di atas.