KEMPEN HARI TIDAK BERBELANJA
Posted by Thinkerich on 05 Jul 2008 | Tagged as: Kepenggunaan
Salam pembaca PemikirKaya!
Semalam FOMCA melancarkan Kempen Hari Tidak Berbelanja selama sehari pada 16 Julai 2008.
Ada yang menyambut baik dan tidak kurang pula yang mengatakannya tidak wajar!
Namun begitu apa yang penting matlamat utama FOMCA adalah untuk mendidik para pengguna supaya dapat mengawal perbelanjaan mereka.
Ini kerana telah menjadi lumrah dan tabiat masyarakat pengguna (namanya pun dah pengguna…sudah tentu sentiasa mahu MENGGUNA, terutama wang yang ada dalam tangan) untuk membelanjakannya sehabis mungkin.
Jika boleh apa yang ada, mahu dihabiskan serta merta dengan memenuhi kemahuan mereka yang tidak pernah padam!
Maka tidak hairanlah kalau kita lihat masyarakat pengguna hari ini, terlalu sibuk berangan-angan untuk membeli itu dan ini, walhal mereka belum memperolehi wang yang mereka impikan itu.
Tak ada kerja lain, nak habiskan wang aje!
Jarang sekali kita dengar, pengguna yang bercita-cita dan beranggan-anggan, bila dapat duit nak laburkan wang mereka ke dana itu dan ini!
Maka tidak hairanlah masyarakat pengguna hari ini, lebih ramai yang miskin daripada yang kaya
!
Bagi para peniaga pula, kempen ini mungkin boleh disambut baik oleh mereka kerana secara tidak langsung mereka boleh berehat! Ianya tidak ubah seolah-olah Cuti Rehat yang diberikan oleh Persatuan Gabungan Pengguna tersebut kepada mereka kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kos operasi pada hari tersebut.
Kempen ini adalah tidak mustahil untuk dijayakan oleh semua masyarakat pengguna kerana ianya cukup mudah dan ’simple’…
Ianya mengajar anda untuk mengatur perbelanjaan anda dengan baik.
Katakan anda perlukan bahan keperluan dapur anda pada 16 Julai ini, maka anda perlu buat persediaan untuk membeli keperluan untuk hari itu lebih awal.
Anda tidak perlu mengeluarkan wang! Hanya pada hari tersebut.
Namun pada keesokannya mereka boleh berbelanjan seperti sedia kala.
Ianya tidak ubah sebagaimana umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan.
Menyiapkan diri dengan bersahur untuk tidak makan pada siang hari dan kemudian makan semula pada malam hari.
Dengan amalan ini secara tidak langsung ianya dapat mendidik pengguna untuk mengawal hawa nafsu dan juga pembaziran.
Semoga selepas ini saya harapkan pihak FOMCA akan adakan kempen SETAHUN TANPA HUTANG! pulak
Salam kekayaan,
THINKERICH





Beberapa hari kebelakangan ini, fikiran saya asyik tertumpu pada isu Kad Kredit. Apabila saya terlalu memikirkannya secara tak sengaja saya bertemu dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya.
Mulai sekarang anda kena pastikan bahawa, setiap perbelanjaan yang telah anda gunakan pada kad kredit tersebut perlulah dibayar SEGERA sebelum tamat tempoh tarikh tanpa caj.



